Rabu, Julai 22, 2015

Norman Hakim Tetap Jaga Badan Di Aidilfitri; Mula Amalkan Solat Sunat Dhuha



Norman yang kini memiliki susuk tubuh tegap masih aktif berlakon dan dalam masa yang sama kerap menghabiskan masa di gimnasium yang kini menjadi hobinya.“Walaupun setiap hari ke gimnasium, pemakanan tetap kena jaga apabila saya dan Memey makan nasi beras perang tidak berkanji. Tidak boleh berharap kepada senaman semata-mata untuk memiliki tubuh tegap.“Rutin hidup juga berubah apabila saya menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat. Sekuat mana pun berusaha, kita mesti mendapatkan keizinan dan restu Allah SWT untuk berjaya.Norman berkata, kini setiap hari sebelum keluar rumah dia menjadikan amalan mengerjakan solat sunat Dhuha sebagai satu kemestian.“Rezeki yang berkat datang daripada-Nya,” katanya. - HM

1 Komentar:

Write Komentar
23/7/15 11:27 PG delete

Memang rezeki die lah kan . Dah la hensem , Taff lak tu ( mcm kata2 usop wilcha la pulak) ahaks

Reply
avatar