Selasa, Julai 28, 2015

Nora Danish Tak Nak Kahwin Semata-Mata Untuk Tutup Mulut Orang



Seperti yang kita semua tahu Nora kini sedang hangat bercinta dengan Nedim Nazri Aziz yang merupakan pegawai khas di Kementerian Pelancongan.“Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga? Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin menoktahkan hubungan itu dengan lafaz ijab dan kabul. Begitu juga dengan Nora. Cuma tak mahulah berkahwin hanya kerana mahu menutup mulut orang yang tak senang melihat kami bersama.“Sejujurnya memang ada kami berbincang soal perkahwinan tapi tidaklah terlalu fokus. Lagipun kami masing-masing pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga terdahulu. Bukanlah nak kata kami serik tetapi kami tak mahu terburu-buru. Tunggulah bila kami sudah betul-betul bersedia, pasti perkahwinan akan berlaku juga,” ujarnya memetik Bipop. - Mynewshub