Selasa, Julai 07, 2015

Netizen Kritik Kenyataan Ustaz Dr Fathul Bari Tegur Buat Lawak Ultraman Bersolat Tidak Sesuai



Bermula dengan sekeping gambar seorang kanan-kanak soalt bersama mainan Ultraman, maka ramai pula yang berkongsi gambar yang senada di laman sosial. Semalam, ada satu lagi gambar menarik yang memaparkan anak kecil ini bersolat dan ada pula 'makmum' mainan di belakangnya. Boleh jadi kanak-kanak itu yang buat sendiri, atau sengaja ahli keluarganya yang susunkan untuk jadi viral. Namun, yang lebih menarik perkara ini telah mengundang reaksi  Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya, yang boleh dibaca seperti screen capture status Twitternya di bawah. Bagaimanapun, komen  Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya itu mendapat kritikan hampir 90% netizen. 


Rata-rata netizen menyelar tindakan  Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya itu mengkritik tanpa melihatnya dari sudut positif yang boleh dianggap anak-anak ustaz. Malah, ramai netizen yang tampil berani menyuruh  Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya itu untuk menasihati isteri-isteri pemimpin negara untuk menutup aurat. Ada betulnya juga apa yang netizen ni suruh! Yalah, budak-budak tu baligh pun belum, tapi dah belajar laksanakan suruhan Alalh, berlainan pula dengan ramai orang dewasa yang lebih daripada cukup umur tetapi masih terus-menerus tidak mengikut suruhan agama, namun sayang tak ada yang berani tegur terang-terang seperti situasi ini!




2 Komentar

Write Komentar
Ahmad Zaki
AUTHOR
7/7/15 11:41 PG delete

Budak-budak je dia berani nasihat. Klu orang-orang kenamaan semua buat betul.

ZH Blogger

Reply
avatar
Farhain Azmi
AUTHOR
7/7/15 11:56 PG delete

pelik juga la dgn komen ustz ni. budak2 belum baligh septtnya diberikan galakan. betul juga ckp netizen tu. p tegur pemimpin dan isteri mrk dahulu.

Reply
avatar