Rabu, Julai 22, 2015

Memey Suhaiza & Norman Hakim Tak Berebut Balik Raya



Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza, sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya Aidilfitri, Norman Hakim membawa keluarganya pulang beraya di kampungnya di Kuantan, Pahang.Dan, pada hari raya kedua dan ketiga semalam barulah mereka beraya dengan keluarga isteri di Felda Tenggaroh, Johor.Tiada bantahan daripada Memey kerana pada hari raya pertama ibu bapanya akan menziarahi keluarga sekitar Johor dan pada raya kedua barulah mereka ada di rumah.Jelas Memey, soal balik kampung siapa dulu tidak membawa kepada pertelagahan asalkan mereka sekeluarga dapat beraya bersama-sama.“Kami tiba di kampung saya semalam dan beraya seminggu di Felda Tenggaroh. Itu amalan kami sejak dulu.“Apa yang penting, saya dapat bercuti lama di rumah ibu dan ayah bagi melepaskan rindu. Raya ke berapa kami dapat berjumpa tidak jadi masalah,” katanya.Norman berkata, dia turut membawa tiga anaknya hasil perkahwinan dengan bekas isteri Abby Abadi menyambut Aidilfitri di Kuantan.“Kelmarin kami pulang ke Kuala Lumpur dan berkumpul di rumah keluarga Abby di Keramat.“Saya dan Abby berkawan baik. Walaupun sudah berpisah, ibu bapanya tetap ibu bapa saya juga,” katanya.Menerusi perkahwinannya dengan Memey pada 2011, pasangan romantik itu dikurniakan dua anak iaitu Mohamed Darwisz Hakim, 3, dan Muhammad Dikhriz Hakim berusia tiga bulan. - HM


2 Komentar

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
22/7/15 1:10 PTG delete

terbaiklah memey & norman..:)

Reply
avatar
Umi Nazrah
AUTHOR
22/7/15 3:52 PTG delete

alhamdulillah. sama pulak macam saya dengan suami. mungkin sebab memasing kampung pun dekat2 menyebelah ja. hahaha

Reply
avatar