Jumaat, Julai 24, 2015

Memey Suhaiza Hadkan Lakonan; Bakal Buka Butik Pakaian Muslimah



Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Norman dan Memey akan membuka butik pakaian Muslimah iaitu Butik Meylana di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.Selepas bergelar ibu, Memey mengurangkan aktiviti lakonan dan mengusahakan perniagaan pakaian Muslimah menerusi ‘online’.Apabila perniagaan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, dia bersama kakak angkatnya bakal melancarkan butik fizikal dalam waktu terdekat.“Pekerjaan yang tidak memerlukan saya berenggang dengan anak ialah bekerja sendiri. Butik ini tidak jauh dari rumah, senang untuk berulang-alik.“Tawaran berlakon masih ada dan akan saya pertimbangkan jika ia telefilem kerana masa bekerja tidak panjang. Itu pun jika penggambaran dilakukan sekitar Kuala Lumpur.“Ketika Darwisz lahir masih boleh bawa ke lokasi, tetapi apabila adanya Dikhriz, agak sukar jika mahu bawa mereka. Bimbang mengganggu kelancaran di set penggambaran pula nanti,” katanya. - HM