Sabtu, Julai 04, 2015

Maut Dihempap Jejantas



Hujan lebat dipercayai menjadi punca sebuah jejantas pejalan kaki yang dalam pembinaan di Jalan Genting Klang, di sini, runtuh sehingga mengorbankan seorang lelaki, semalam.Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 52 tahun yang juga warga Indonesia adalah pekerja pembinaan jejantas terbabit.Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.53 petang dan tiba di lokasi enam minit kemudian.Menurutnya, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati satu jambatan pejalan kaki runtuh dan menghempap mangsa.“Pemeriksaan mendapati mangsa adalah warga Indonesia dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Metro