Selasa, Julai 14, 2015

Luahan Hati Saiful Nang Tentang Isu Racism; Susulan Pergaduhan Di Lowyat



NAMA SAYA SAIFUL NANG, SAYA BENCI RACISM.

Saya lahir dalam estat di Bukit Kerayonh, yang suap saya makan semasa kecil dulu ialah aci-aci India yang berjiran. Kawan-kawan memancing, bermain, menjala, menggagau ramainya orang India. Saya membesar di Felda Tementi, kawan-kawan saya ramai orang Melayu. Cikgu yang pernah buat kelas tambahan khusus untuk matematik saya sebelum PMR tanpa bayaran tambahan atau overtime dari sekolah ialah cikgu Cina. Saya bersekolah di English College JB dan seterusnya ke Universiti dan kawan-kawan saya dikelilingi oleh Cina-Cina. Mereka semua baik-baik sahaja.

If you talk bad about Indian, you hurt me

If you talk bad about Chinese, you hurt me
If you talk bad about Malay, you hurt me
If you don't want to hurt me, please respect my friends.

They are human too. So do us.

If we can be stronger as friends
Why separated as enemy?


Benda boleh bawa bincang. 

Kenapa mahu berparang?


Memang semua kita ada kelemahan sampai orang buat pepatah rasis "Tidak Melayu kalau tak Malas, Tidak Cina kalau tak tipu dan tidak India jika tak mabuk" adalah satu generalisasi persepsi negatif semata-mata. Boleh sahaja jika dibuat pepatah yang lebih baik seperti "Tidak Melayu jika tidak sopan, tidak Cina jika tidak rajin, Tidak India jika tidak pandai". Mereka semua pun macam kita juga, ada kelemahan dan kekuatan sendiri.

Angkuhnya batu akan berkata tanpa aku yang keras, bangunan tidak boleh berdiri. Pasir pula menyampuk mengatakan jika batu tidak digaul dengan aku yang poros bagaimana mahu melekat menjadi tiang-tiang konkrit? Tergelak pula Sang Simen dengan angkuh mengatakan "Korang semua bergaduh siapa lagi hebat, kalau aku tak ada korang semua tak boleh melekat dan menjadi bangunan". Datang pula air dan diketawakan oleh simen, pasir dan batu sambil mengejek "Air mana boleh jadi bangunan tinggi?". Dengan senyum air menjawab "korang gaul lah sampai lebam, kalau aku tak ada korang tak bercampur jadi konkrit nak bina bangunan tinggi". Begitu juga udara, besi dan lain-lain yang membentuk kepelbagaian kaum yang lain-lain juga.

Jika semua angkuh dengan kehebatan masing-masing, jamban pun kita tak boleh nak bina. Jika kita bersatu melengkapi satu sama lain, KLCC barang 15 buah lagi pun kita mampu dirikan. Pernyataan ini untuk semua kaum yang membaca supaya kita hidup dalam keadaan rukun dan damai. Kaya kita tapi hidup tidak aman tidak guna juga kan?

I HOPE YOU "GOAT" IT.

SAIFUL NANG

Fairy Goatfather.



1 Komentar:

Write Komentar