Khamis, Julai 23, 2015

Linda Hashim Tak Sangka Hamil Lagi; Beego Teruja!



Tahun lalu, pasangan Beego dan Linda Hashim meraikan Aidilfitri bersama cahaya mata pertama, Jelita Clarissa yang dilahirkan pada 24 April 2014.Kini, keceriaan yang dirasai berganda apabila Linda disahkan hamil anak kedua sekali gus menjadikan kehidupan mereka semakin bahagia.“Jelita kini sudah berusia setahun tiga bulan dan semakin lincah berjalan. Saya pula disahkan mengandung tiga bulan.“Sebenarnya saya tak mahu gembar-gemburkan lagi berita ini, tetapi ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran AirAsia di sebuah hotel, ada yang perasan perut saya semakin besar.“Beego pula teruja dan bercerita kepada media. Ikutkan kami mahu jarakkan anak, tetapi Allah beri cepat dan kami terima dengan penuh syukur,” katanya.Menurut Linda, selepas melahirkan Jelita dia hanya menjayakan penggambaran yang tidak mengambil masa lama.“Jelita masih menyusu badan dan kalau boleh biarlah sampai berumur dua tahun. Ingatkan selepas itu saya boleh tinggalkan dia dengan kakak atau mentua jika ada penggambaran.“Namun tak sangka pula hamil anak kedua secepat ini. Bila difikirkan bagus juga kerana Jelita ada kawan dan saya bolehlah fokus berlakon,” katanya. - HM