Isnin, Julai 13, 2015

Lelaki Ini Kongsi 6 Cara Bagaimana Untuk “Survive” Dalam Kos Sara Hidup Masa Kini


Sebuah perkongsian daripada seorang lelaki!



Saya Abdul Rahim. Pemegang Ijazah Kejuruteraan Petroleum daripada sebuah universiti tempatan. Baru-baru ini saya berpeluang menonton video rakaman luahan seorang graduan mengenai kesusahan hidup di bandar. Yup benar, ianya realiti! Kini harga rumah melambung serta kos sara hidup tinggi. Saya faham yang dia meluahkan perkara sebenar dengan harapan perubahan akan berlaku.Itu luahan suara dia. Jangan menempelak dia! Izinkan pula saya berkongsi sedikit pandangan dan kisah hidup saya.

1. Segulung Ijazah Bukan Kunci Kejayaan
Jangan impikan kehidupan yang mewah apabila sudah graduasi! Segulung ijazah bukan tanda kita sudah berjaya tetapi ianya tanda permulaan hidup baru di universiti kehidupan (school of life). Tempat belajar yang baru, yang subjeknya sungguh mencabar,yang kadang-kadang kita tak pernah belajar pun di sekolah mahupun di universiti. "You have to learn the rules of the game. And then you have to play better than anyone else." Albert Einstein. Itu adalah asas survival.

2. Jangan Sekadar Belajar di Universiti
Berkawanlah dengan seramai mungkin di universiti. Kita tidak tahu ukhuwah atau network yang terjalin bakal menjadi perkara yang sangat berharga selepas graduasi. Sertai aktiviti kokurikulum seperti menguruskan event / acara yang boleh bina karakter, meet dateline, run organization, presentation dan mantapkan soft skills. Kemahiran ini sangat membantu di universiti kehidupan. Apa yang saya belajar dengan ramai taukey yang berbangsa Cina ialah mereka mempunyai networking luas yang kadang-kadang merupakan rakan satu sekolah/universiti. Masing-masing ada kepakaran yang tersendiri dan mereka bergabung membina empayar bisnes yang maju.

3. Cari ilmu tentang kewangan/perlaburan/perniagaan
Sewaktu umur 20 tahun, saya kerugian RM20,000 di dalam satu urusan perniagaan. Lebih menyedihkan lagi, duit itu lah dana untuk perkahwinan saya. Sewaktu itu terjentik di fikiran, walaupun anda pelajar yang pandai tetapi masih banyak lagi perkara yang anda tidak tahu sehingga boleh ditipu. Walaubagaimanapun, saya tak anggap itu sebagai kegagalan. Ianya merupakan cukai kebodohan dan banyak lagi ilmu yang saya tak tahu. Cari kelas atau seminar atau kenalan yang arif. Peruntukkan sedikit wang dan anggaplah ia sebagai yuran kebijaksanaan anda. "There is no failure, it's just a feedback." Rahim Sabri.

4. Bina sumber pendapatan lain
Cari instrumen pelaburan. Buang persepsi "saya kurang modal, macam mana nak melabur?" Kalau anda inginkan, pasti ada caranya! Contoh, pelaburan hartanah. Anda pernah dengar Investment Holding Company (IHC)? Bahasa mudah, beberapa orang kongsi duit, bina syarikat dan beli hartanah guna duit tu. <-- bangsa="" banyak="" cara="" cina="" guna="" nbsp="" ni="" owner="" pada="" rumah="" satu="" sewa="" ublet=""> tambah perabut dan utiliti > beri sewa by bilik. Sewa rumah kosong 3 bilik dari owner sebanyak RM900, invest sedikit modal beli perabot, dan sewakan satu bilik dengan harga RM400. Ada lebihan RM300. *angkat kening double jerk Berniaga."Saya makan gaji, tak ada masa nak berniaga." Seorang kenalan saya merupakan akauntan di sebuah agensi. Hujung minggu beliau ambil upah buat akaun untuk peniaga-peniaga kecil. Saya tak suruh anda berhenti kerja. Gunakan kepakaran anda. Anda seorang yang bijak bukan? Berniaga juga tak semestinya perlukan modal.Pernah dengar dropship?

5. Tingkatkan daya survival
Akal kena panjang dan jangan mudah putus asa. Mentaliti nak hidup cepat senang dan kaya harus diperbetulkan. Buang juga mentaliti subsidi. Setiap perkara ada tempoh masa dan fasa. Kalau dalam perniagaan ada fasa startup (fasa kumpul duit), fasa melicinkan (fasa systemize) dan fasa mengembangkan (scale up). Begitu juga dalam kehidupan. Fasa lean/ startup : zaman mula kerja. Minimumkan perbelanjaan sebagai asbab mengumpul duit modal. Jangan beli kereta mahal, naik pengangkutan awam. Kemudian cari instrumen perlaburan, maintain dan tambahkan lagi. "You are responsible for your life. You can't keep blaming somebody else for your dysfunction. Life is really about moving on. " - Oprah Winfrey

6. Jaga hubungan denganNya
Sebagai seorang yang beragama Islam, tunaikan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Banyakkan amalan sunat seperti bersedekah, senyum, bantu orang lain. Kalau ada orang minta sedekah, hulurkan saja. Kita tidak tahu dia tu siapa. Mungkin dia adalah ujian dariNya. "Kalau dia sindiket pengemis macam mana?" Kita memberi dengan niat membantu, bab yang tipu tu biar die setel dengan Allah.  Akhir kata, saya percaya dan yakin yang rezeki itu dijamin oleh Allah. Teruskan ikhtiar dan jangan putus asa. Sentiasa berdoa agar negara terus maju dan dikurniakan pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab. Inilah angin perubahan yang perlu kita tempuhi. "The secret of success is learning how to use the pain and pleasure instead of having pain and pleasure use you. If you do that, you are in control of your life. If you don't, life controls you." Anthony Robbins

Sekali lagi, nama saya Abdul Rahim dan saya sayangkan Malaysia.


1 Komentar:

Write Komentar
13/7/15 9:46 PG delete

suka dengan quotes "the secret of success is learning how to use the pain and pleasure instead of having pain and pleasure use you. If you do that, you are in control of your life. If you don't, life controls you...

Reply
avatar