Rabu, Julai 15, 2015

Lana Nordin Sekolahkan Followers Main Sedap Komen!



Terbaru, Lana ada memuat naik video sweet dan romantis meraikan hari jadi suaminya Daud Mckienzie di tepi pantai Huntington Beach, California melalui laman Instagram. Ada komen daripada salah seorang peminat yang membuatkan Lana kurang senang dengan teguran tersebut. Teguran itu mendorong Lana Nordin untuk terus menempelak semula peminatnya itu dengan ayat pedas.  "Lain kali kalau komen tu boleh mengundang orang marah atau orang fikir tak de point jangan komen kalau lebih bagus jangan komen atau follow langsung"  antara ayat pedas Lana Nordin untuk peminatnya yang dilabelkan sebagai keyboard warrior.