Khamis, Julai 23, 2015

Kisah Lebaran Hisyam Hamid


Sudah setahun menetap di Kuala Lumpur, Hi­syam masih berulang-alik ke Singapura bagi menjenguk anaknya yang masih bersekolah di sana.Dia yang masih dalam proses mencari sekolah sesuai buat anaknya di sini sedang membuat pertimbangan sama ada menetap di Shah Alam berdekatan de­ngan bapanya atau di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Mengakui perancangan itu tidak mudah tambahan lagi yuran persekolahan bagi anak warga asing sangat mahal, Hisyam perlu bijak mengatur perbelanjaan mereka.“Saya sudah lama menetap di sini dengan isteri, manakala anak masih di Singapura bersama nenek mereka.“Setiap kali ada kelapa­ngan saya pulang ke sana. Jika mereka bercuti, saya bawa mereka datang ke sini.“Pastinya hari-hari saya rasa lebih indah apabila melihat anak di depan mata. Buat pertama kalinya, awal Ramadan lalu anak di sini bersama saya dan isteri.“Dapatlah kami me­nyambut puasa bersama-sama ini kerana mereka sedang bercuti sekolah.“Maklumlah hari raya saya tetap sibuk. Seperti tahun lalu tidak sampai seminggu raya saya sudah ke Phuket, Thailand menjalani penggambaran telefilem.“Dari Singapura saya ke Kuala Lumpur dan terbang ke Phuket. Rasa terkejar-kejar pula ketika itu kerana tidak dapat menghabiskan masa dengan anak.“Tahun ini pula selesai cuti raya beberapa hari saya kembali ke lokasi penggambaran drama bersiri terpanjang pertama saya iaitu Memori Cinta Suraya,” katanya yang turut berlakon dalam filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali.