Ahad, Julai 12, 2015

Kisah Benar Makcik Dengan Duit 20 Juta





Kisah Benar Makcik Dengan Duit 20 Juta.

Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."
Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."
Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA.
Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji. Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.
Mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"
Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.......
Janganlah kita memandang rendah pada rupa paras seseorang itu dari hanya kerana dia seorang yang sudah tua.


3 Komentar

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
12/7/15 11:12 PG delete

banyaknya duit mcik tu...:)

Reply
avatar
teratai
AUTHOR
12/7/15 11:22 PTG delete

Genius makcik tu. N satu cara nak mengajar juru wang tersebut supaya menghormati kehendak pelanggan!

Reply
avatar
Farhain Azmi
AUTHOR
13/7/15 8:45 PG delete

tak paham kenapa org yg kerja bah front desk or kaunter ni jarang berbudi bahasa dgn customer..ha amik kena balik dgn makcik.

Reply
avatar