Khamis, Julai 09, 2015

Kerana Harga Murah, Azwan Kombos Ditipu Kilang Cetak



Gara-gara ingin mendapatkan harga murah untuk kerja-kerja mencetak baju dan barangan lain menggunakan jenamanya, pelakon Azwan Kombos ditipu sebuah kilang cetak kemeja-T baru-baru ini.  Azwan, 30, berkata dia kerugian kira-kira RM10,000 apabila tempahan yang dibuat tidak seperti yang dibincangkan, malah rekaan dan material kemeja-T yang diterima juga tidak berkualiti. "Pada mulanya, saya ada menghantar tempahan di kilang cetak lain dan mereka memberikan kerjasama yang sangat baik. Tetapi apabila mendapat tahu ada kilang yang memberikan harga lebih murah, saya pun ingin cuba tetapi tak sangka pula hasilnya teruk. "Kemeja-T dan topi tidak berkualiti, grafik yang kami sediakan langsung tidak sama dengan yang dicetak dan warna cetakan juga tidak kemas," katanya kepada mStar Online.

1 Komentar:

Write Komentar
9/7/15 2:25 PTG delete

moral of the story... bersyukur dengan apa yang ada dan jangan terlalu mengejar, nanti jadinya begini...

Reply
avatar