Selasa, Julai 28, 2015

Kecewa Muhyiddin Digugurkan, Ummi Hafilda Isytihar Keluar Umno



Kecewa dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, saksi pertama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali hari ini mengumumkan keluar daripada Umno.Ummi yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pengunduran dirinya daripada parti itu di hadapan rumah Muhyiddin, petang tadi."Saya Ummi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi utama kepada kerajaan bagi kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno hari ini (Selasa)."Saya malu mengaku ahli Umno kerana apabila kebenaran ditentang dengan cara yang kotor seperti ini. Saya tidak ada jawatan (dalam Umno) tetapi berani menegakkan kebenaran," kata Ummi kepada pemberita di luar kediaman pemimpin itu, sebagaimana dipetik mStar / Siakapkeli

1 Komentar:

Write Komentar