Jumaat, Julai 31, 2015

"Kalau Semua Tak Boleh, Takkan Nak Bercakap Dengan Bantal?" - Azalina Othman




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Azalina yang sebelum ini Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton. "Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan. "Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat. "Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya kepada mStar Online.


3 Komentar

Write Komentar
Sheila Adziz
AUTHOR
31/7/15 9:10 PTG delete

Erm... sangkaan sy bila dia jadi pengerusi finas dia dapat bangunkan filem Melayu ke satu tahap yg lbh tinggi dan bermaruah.... memang penonton tidak akan buat maksiat semasa menonton adegan tersebut terutama di khalayak ramai... Namun, perlu didingat apa yang dilihat ditonton akan disimpan dalam fikiran terutama anak remaja. Cultivation theory membuktikan bahawa setiap apa yg ditonton akan menjadi bahan ingatkan dan tidak langsung akan meningkatkan keghairahan utk menonton dan menonton lg... kesan buruk byk berlaku kpd pendedahan tersebut.... dalam agama sendiri pun ada cakap sekali kita tgk gambar yg tdk bermaruah 40 hari x hilang dlm ingatan klu itu dpt disucikan sebetulnya dgn keampunan dr allah serta kemahuan yg kuat utk sucikan... wallahhualam...

Reply
avatar
31/7/15 10:17 PTG delete

kalau tak ada adegan peluk dan pegang tangan pun tak apa. org masih lagi tgk tv

Reply
avatar
nubli kum
AUTHOR
1/8/15 10:40 PG delete

Memangla kita 'mgkin' tak terpengaruh utk buat maksiat... mugkin kita tak terpengaruh utk peluk peluk ngan bukan muhrim... tapi kita dah bersubahat dgn membenarkan pelakon pelakon ru buat maksiat... atas alasan lakonan dan kreatif... Orang keja LPF tu muslim... bekalan dosa ke akhirat tu... lagi byk dia lepaskan, lagi byk org tonton, lagi byk dosa staff LPF tu...
Terasa kejam pulak kat diorg...

Kalau nk paksa LPF tu lepaskan adengan yg macam tu... bagi Non Muslim je jadi staff LPF... Tak la kita menganiaya sesama Islam dunia akhirat... diorg pun nk cari rezeki yg halal... Hehehe

Reply
avatar