Jumaat, Julai 10, 2015

Jurutera Melayu Kantoi Rakam Paha Wanita Ketika Naiki Eskalator



Seorang lelaki didakwa cuba merakam video paha seorang wania yang sedang menaiki eskalator dengan smartphonenya, Sabtu lalu. Jurutera Kilang, Nasrul Aizat Zulkifli, 25, mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Azura Murah terhadap pertuduhan hendak mengaibkan kehormatan mangsa dengan merakam video bahagian sulit seorang pekerja kedai telefon yang berusia 29 tahun. Nasrul didakwa melakukan perbuatan itu di tangga eskalator tingkat 1, Plaza Low Yat, 6.30 petang, 13 Jun yang lalu. Nasrul dijatuhkan hukuman penjara selama lima hari bermula dari tarikh dia ditangkap pada 13 Jun lalu, juga didenda sebanyak RM4,000. Sekiranya gagal membayar denda, Nasrul akan dipenjara selama 5 bulan.


Nasrul didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang menaiki eskalator untuk ke tingkat satu dan menyedari Nasrul meletakkan smartphone di bawah skirtnya. Mangsa kemudian meminta Nasrul menunjukkan smartphonenya namun tidak diendahkan serta menafikan dakwaan mangsa. Berang dengan Nasrul, mangsa menjerit meminta pertolongan orang di sekeliling. Nasrul kemudian ditahan oleh orang ramai dan merampas telefon miliknya serta menemui satu rakaman video yang menunjukkan paha mangsa.