Khamis, Julai 30, 2015

Jawapan Ahmad Maslan Viral Lagi! Orang Tanya BN Boleh Menang Tak Esok, Dia Jawab...




Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan telah ditanya wartawan samaada Barisan Nasional(BN) boleh menang atau tidak jika pilihan raya umum (PRU) diadakan esok.Memetik laporan Astro Awani, Ahmad bgaimanapun tidak menajwab soalan itu sebalinya berkata 'esok' hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri. "Memang pilihan raya adalah yang terpenting. Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya. "Esok ialah persiapan untuk pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM). Beliau berkata, pandangannya itu berbeza dengan pemimpin lain dalam BN yang mengatakan BN akan tewas sekiranya PRU14 diadakan esok kerana PRU14 hanya akan diadakan apda 2018. -  Siakapkeli