Ahad, Julai 12, 2015

Ibu Bapa Harap Anak Lepas Pencen Bukan Lagi Langkah Bijak



ANAK ANAK BUKAN MESIN PENCEN KITA
Ada ibubapa mengharapkan sumbangan anak anak bila mereka bersara nanti.Saya kira ini bukan langkah bijak, jika anak beri. Ia merupakan bonus - Azizul Azli Ahmad
1. Anak muda hari ini tidak sama macam zaman dulu lagi, zaman mereka serba serbi kena beli.
2. Kerja gomen dan swasta sudah tidak kaya lagi, cukup makan selebihnya untuk bayar GST.
3. Graduan dulu tiada hutang, sekarang PTPTN menanti. Jika tak bayar boleh masuk CCRIS hari nie.
4. Mereka terbeban dengan hutang pendidikan, GST dan serba serbi mahal hari ini.
5. Itu belum 20 tahun lagi. Mereka juga perlu ada keluarga, anak, isteri dan rumah sendiri.
6. Jika wawasan kita, bersara nanti harapkan bantuan mereka. Kita sedang menzalimi mereka.
7. Anak yang solehah akan membantu ibubapa, tetapi bapa yang soleh harus ada wawasan persaraannya.
8. Jika sekarang kita rasa susahnya berbelanja, bagaimana nanti zaman mereka.
Sanggupkah kita ambil hak anak cucu kita, kerana kita tidak merancang waktu bersara.
Wallahu A'llam