Selasa, Julai 07, 2015

Hutang PTPTN; 480 Gaji Kakitangan Awam Akan Dipotong Mulai September!



Bagi menggalakkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan akan membuat pemotongan gaji terhadap kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat bayaran dan tidak konsisten dalam menyelesaikan hutang itu. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal memberitahu, sebagai permulaan seramai 480 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dipotong gaji pada September ini. Manakala potongan gaji untuk kementerian dan agensi lain akan ditetapkan kemudian selepas mesyuarat bersama dengan semua Ketua Setiausaha dan Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat ini. “Jumaat ini juga saya akan menyampaikan senarai nama penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN kepada KSU dan SUK agar penjawat awam membayar balik melalui potongan gaji,” katanya. Dalam pada itu jumlah potongan gaji bagi setiap kakitangan awam akan mengikut kemampuan masing-masing, selain maklumat mereka akan diselenggara di dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) supaya tidak terlepas dari membuat bayaran balik. “Sebagai penjawat awam, kita harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dan menjaga integriti untuk melunaskan hutang (pinjaman PTPTN) dan bukan lari daripada tanggungjawab,” katanya lagi. 


1 Komentar:

Write Komentar
7/7/15 4:17 PTG delete

rasanya dah isi 2-3 kali, tapi tak potong-potong gak seccara automatik.

Tapi kita bayar monthly juga tau..hhuhuuu

Reply
avatar