Selasa, Julai 07, 2015

Husam Gesa Muhyiddin Jumpa Agong & Peguam Negara Lucut Jawatan Najib



Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencadangkan pelucutan jawatan Perdana Menteri. Menurut Husam, perkara itu perlu bagi membolehkan siasatan dan tindakan bebas keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya bersetuju Timbalan Perdana Menteri mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara. "Timbalan Perdana Menteri sewajibnya menemui DYMM YDP Agong bersama Peguam Negara untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan PM. "Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil alih negara dari Datuk Seri Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan," kata Husam memetik laporan dari Astro Awani.