Khamis, Julai 30, 2015

Hans Isaac Berpeluh Lakon Adegan Ranjang Bersama Pelakon Jepun



Hero filem Nota, Hans Isaac menjelaskan bahawa dia berdebar apabila disuruh oleh pengarah untuk melakukan adegan ranjang bersama pelakon Jepun yang tidak dikenalinya dalam filem terbaru lakonannya bersama Maya Karin itu. Memegang karakter sebagai Kamal, Hans Isaac nyata mempunyai gayanya tersendiri apabila melakukan aksi tersebut yang dianggap sebagai aksi paling mencabar dirinya sepanjang menjalani penggambaran filem kali ini. “Hari pertama menjalankan penggambaran saya dah kena buka baju atas katil dan malu sangat apabila saya perlu berlakon dengan pelakon dari Jepun yang sememangnya saya tidak pernah kenal atau berjumpa. Berpeluh dan malu juga apabila disuruh melakonkan adegan yang sebegitu” “Tapi saya perlu menjadi seorang profesional kerana mungkin di Jepun perkara ini normal di Malaysia tidak dan saya hormat dengan undang-undang negara. Apa yang kita buat ada hadnya,” katanya yang sebelum ini juga pernah melakonkan aksi bercumbuan dalam filem Miss You Like Crazy bersama pelakon Filipina. - Rotikaya