Sabtu, Julai 04, 2015

Gerai Bazar Ramadan Kangar Terbang!



Lebih 15 gerai di Bazar Ramadan Kangar berhampiran Bangunan Setiausaha Kerajaan, di sini, rosak akibat diterbangkan oleh ribut, petang tadi. Jurucakap Majlis Perbandaran Kangar memberitahu kejadian berlaku sekitar jam 4.25 petang ketika peniaga di bazar ramadan itu sedang rancak menjalankan perniagaan masing-masing. "Ketika kejadian, hujan turun dengan lebat dan tidak semena-mena angin bertiup dengan kencang sehingga menerbangkan payung dan perkakasan memasak beberapa buah gerai di situ," katanya kepada Harian Metro.Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa dan peniaga yang terjejas terpaksa menghentikan sementara operasi perniagaan mereka selepas kejadian itu. - Metro