Selasa, Julai 28, 2015

Gambar Pegang Anjing & Patung Jesus, Hasnul Dituduh Free Thinker



Nama Hasnul Rahmat bukanlah sebaris dengan pelakon-pelakon popular lain, namun ramai yang mengakui, bakat dimilikinya memang bukan calang-calang.Membintangi banyak filem antaranya KL Menjerit, Paloh, Lang Buana, Buai Laju-Laju dan Rock, Hasnul pernah beberapa kali tercalon dan menang dalam kategori pelakon pembantu terbaik.Namun lumrah dunia hiburan, walaupun nama kurang dikenali, setiap tindak-tanduk akan mendapat perhatian umum, kan?Baru-baru ini, tindakan Hasnul memuat naik dua keping gambar di laman Instagram peribadinya mengundang kecaman netizen apabila ia dilihat melanggar norma kehidupan seorang Islam.Menerusi gambar pertama, ia menunjukkan Hasnul sedang memegang dua ekor anjing yang duduk di sebelahnya. Tak pasti sama ada Hasnul tak ambil pengajaran dari tindakan terdahulu selebriti lain yang teruk dikutuk kerana berpegangan dengan haiwan tersebut atau dia memang sengaja nak cari publisiti dengan cara demikian.Dalam post seterusnya pula, ramai mengkritik tindakan Hasnul kerana memasukkan gambar patung Jesus yang dipegangnya. Walaupun kapsyennya hanya terselit gurauan, namun tindakan itu tetap mendapat reaksi negatif.