Rabu, Julai 01, 2015

[Gambar] Kilang JVC Shah Alam Tutup; Momen Sayu Pekerja Di Bulan Ramadan



Hilang punca pendapatan kekal pada bulan Ramadan, saat Syawal hampir menjelang tidak lama lagi bukanlah perkara mudah untuk dilalui. Viral pada saat ini adalah gambar-gambar momen sayu pada bulan Ramadan yang merakamkan detik-detik terakhir pekerja Kilang JVC Shah Alam. Meskipun tiada berita rasmi yang kukuh, namun menerusi pemerhatian dalam medium sosial, khabarnya pekerja-pekerja ini ditawarkan skim pemberhentian kerja sukarela (VSS). Menerusi satu Twiter yang memuat naik statusnya pula mengatakan kilang JVC tersebut akan memindahkan operasi ke Thailand. Begitupun masih tiada sebarang berita sahih atau pasti yang dikeluarkan sehingga masa ini. Apapun, jika benar moga bertabahlah mereka semua hendaknya.