Sabtu, Julai 04, 2015

Gaji Sejam Di Malaysia Nak Beli Susu Kotak Pun Tak Lepas



Apa yang anda boleh beli dengan gaji sejam di United Kingdom (UK)? Menurut pengguna Facebook, Rysherz Rayn, anda boleh membeli sesikat pisang, sekotak anggur hitam tanpa biji, 10 biji epal, sebiji ice lettuce dan lima paket coklat Kinder Bueno. Dia membuat perbandingan gaji sejam di Malaysia yang disifatkannya hanya cukup untuk membeli salad. Berbeza dengan di UK, Rysherz Rayn mendakwa gaji yang diperoleh adalah sekitar 5 pound, bersamaan RM27. Namun di Malaysia, gaji sejam hanyalah RM4.


Pemilik status turut menjelaskan bagaimana di UK, gaji sejam sudah cukup untuk membolehkan seseorang makan roti sedap yang disapu dengan Nutella. Ini kerana harga dua barangan itu di sana adalah 80 pence bagi roti dan 2 pound bagi satu balang Nutella.

-Awani