Isnin, Julai 13, 2015

ETS Percepatkan Perjalanan Balik Kampung!



Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar akan bermula 10 Julai 2015. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, untuk fasa permulaan ia melibatkan perjalanan sebanyak dua kali sehari iaitu dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur. Tiket bagi perjalanan yang mengambil masa 4 jam 45 minit itu akan dijual dengan harga RM81 sehala dan boleh dibeli melalui dalam talian serta kaunter stesyen kereta api mulai pagi Jumaat."Perkhidmatan ini dimulakan esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita menjangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa," ujar Liow pada sidang media di Stesen Keretapi Kuala Kangsar, di sini. Dalam masa terdekat, 10 lagi kereta api elektrik baharu akan ditambah bagi meningkatan kadar perkhidmatan itu dengan nilai kos kesemuanya yang dianggarkan sebanyak RM506 juta.