Rabu, Julai 22, 2015

Erwin Dawson Tak Ralat Beraya Tanpa Bapa Kandung


Ditinggalkan bapa kandung sejak kecil, Erwin tidak sedih dan berkecil hati biarpun meraikan Aidilfitri bapa
tiri.Baginya, bapa tiri­nya itu dianggap seperti bapa kandung kerana melayannya seperti anak sendiri.Erwin berkata, dia pernah bertemu dengan bapa kandungnya tahun lalu di Australia ketika dia menjalani peng­gambaran filem di sana.“Mungkin orang lain punya kisah menarik atau pe­ngalaman manis bersama bapa masing-masing, tetapi tidak bagi saya.“Tiada kena­ngan indah bersama bapa, malah saya tidak sedih atau kecewa kerana sejak kecil memang tidak pernah merasa kasih sayang bapa.“Syukur saya punya bapa tiri yang baik hati dan sayang saya seperti menyayangi anaknya sendiri,” katanya.Bagaimanapun, Erwin tidak pernah membenci bapanya kerana apa yang berlaku di antara bapa dengan ibu ada hikmahnya.“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan menyambut Aidilfitri setiap tahun sama seperti orang lain dan berkumpul dengan keluarga serta sanak-saudara,” katanya.