Khamis, Julai 02, 2015

Che Ta Terpaksa Sewa Kondo Khas Untuk Simpan Baju


Rozita Che Wan atau Che Ta memberitahu dia terpaksa menyewa sebuah kondomium untuk menempatkan koleksi pakaiannya yang terlalu banyak. Malah, anaknya, Aaisyah Dhia Rana juga turut mempunyai koleksi baju yang banyak dan sehingga kini sudah pun mencecah empat buah almari.“Saya terpaksa sewa sebuah kondo lain untuk tempatkan baju-baju kami sekeluarga memandangkan tiada ruang untuk menyimpan koleksi pakaian yang ada. Maklumlah saya sudah berada di dalam industri hiburan agak lama” “Bukan tidak mahu menjual atau lelong baju-baju itu tetapi agak susah sebab ada peminat yang pernah beli beritahu saiz baju terlalu kecil. Kondo yang saya sewa itu terletak dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya beberapa kilometer,” katanya kepada Tonton Extra.