
Baru baru ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail menerusi sidang
akhbar yang diadakan mendedahkan beberapa bekas pemain Johor Darul
Takzim (JDT) yang dibuang kerja terlibat dalam bookie iaitu skandal
mengatur perlawanan. TMJ bagaimanapun hanya memberi bayangan siapakah pemain yang
dimaksudkan. Mungkin terkesan dengan dakwaan sesetengah pihak yang yang
turut mengaitkan namanya dengan skandal tersebut, Aidil Zafuan tampil
beri ‘warning’.

Menerusi update terbaru di laman Instagram miliknya, Aidil yang
merupakan bekas suami Rita Rudaini memuatnaik perbualan yang berunsur
fitnah malah boleh menjejaskan karier bola sepaknya bersama pasukan JDT. Tambah dirinya lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik Instagram terbabit.
