Isnin, Julai 13, 2015

Bersurai Di Plaza Low Yat Tetapi Perusuh Serang Kereta, Lelaki Di Jalan Imbi


Sebuah video di YouTube yang telah ditonton lebih 50K memaparkan sebuah kereta digasak oleh perusuh dan seorang lelaki dibelasah teruk di Jalan Imbi Kuala Lumpur. Menerusi caption bawah video tersebut, perusuh itu bergerak ke Jalan Imbi selepas insiden pergaduhan di Plaza Low Yat dileraikan. Turut kelihatan dalam video tersebut adalah beberapa orang anggota polis! - Kini TV


Pandangan peribadi Muz, apapun masalah cubalah selesaikan secara matang dan berbincang. Janganlah bersikap kebinatangan. Agak malu melihat orang Melayu beragama Islam bersikap sebegini di bulan puasa. Tentang bangsa lain Muz tak nak sentuh, tetapi sebagai seorang yang beragama Islam, memang malu melihat saudara seagama kita dengan kelakuan sebegini di bulan puasa, kalau malam itu pakat semua duduk dalam masjid, surau, madrasah buat ibadah dan balik rumah tidur awal, esoknya bangun qiam dan sahur dengan selesa, mesti semua ini tak akan terjadi. Wallahualam...