Jumaat, Julai 24, 2015

Bersihkan Najis Di Tandas Stesen Minyak; Yana Samsudin & Suami Bukan Nak Tunjuk Bagus!



“Saya bukan nak tunjuk bagus atau tarik perhatian, tapi ia tanggungjawab bersama”.Itu reaksi pelakon, Yana Samsudin, 30, berkenaan tindakan dia dan suaminya, Fadzil Zahari membersihkan tandas di sebuah stesen minyak di perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak.Kejadian berlaku Ahad lalu kira-kira jam 11 malam ketika dalam perjalanan pulang dari Jitra, Kedah ke Kuala Lumpur.Menurut Yana, disebabkan masalah gangguan air, tandas bekenaan mengeluarkan bau kurang menyenangkan dan najis bersepah di dalam salah satu bilik air.“Semasa berbaris, saya terdengar seorang mak cik yang baru keluar memberitahu masalah berkenaan. Jadi, saya minta suami membeli tiga botol air mineral dan sabun.“Tiba giliran saya, tidak sangka pula salah satu bilik air itu terdapat najis di atas lantai. Selepas selesai membuang air kecil, saya mencari pekerja di situ bagi memberitahu perkara terbabit.“Malangnya tidak ada sesiapa. Pada masa sama, saya dan suami ternampak hos panjang lantas menarik dan memasangnya di paip berhampiran. Tujuannya untuk membersihkan tempat ada najis itu,” katanya.Tindakan Yana dan suami ditegur pekerja lelaki di situ dan memaklumkan mereka tidak boleh berbuat demikian kerana perlu meminta izin pengurus bertugas.“Kata-kata pekerja itu membuatkan saya marah. Sempat juga meninggikan suara, Tapi suami terus meluru masuk ke dalam tandas dan menjirus air. Tidak lama selepas itu, baru dia datang membantu.“Saya bukan mahu membelakangkan tugas mereka, tapi saya buat apa yang paling cepat di depan mata bagi membantu mengurangkan masalah dihadapi,” katanya. - HM