Rabu, Julai 08, 2015

Bersiaran 26 Episod; Mana Hilang 2 Episod Drama Dia Isteri Luar Biasa?



Selasa lalu, tamat sudah kisah drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa (DILB). Sejak bersiaran pada 18 Mei lalu meng­gantikan Hati Perempuan, drama terbitan Pena Creative Sdn Bhd ini menjadi bualan ramai. Kesudahannya, cerita ini tamat dengan hanya 26 episod sedangkan ikut jadual sepatutnya 28 episod dan berakhir pada Khamis kemudian dimulakan de­ngan drama baru pada Selasa ini menghiasi slot Akasia menerusi TV3. Adakah DILB ‘dimatikan’ awal untuk menghentikan kemarahan penonton atau pun drama ini melalui proses tapisan dan pemotongan babak tidak sesuai dan tidak mengikut syarat ditetapkan hingga hilang dua episod? Ziela ketika dihubungi Jumaat lalu, menafikan dramanya ‘dimatikan’ atau ‘dicincang’ untuk mengelak babak mesra. Dia juga menerima dengan hati terbuka segala kritikan dan komen penonton kerana ia berkaitan isu agama.  Sebagai seorang Islam, Ziela tidak mahu mempertikaikan hukum atau menghalalkan yang salah. Ziela akui DILB memberi dugaan paling besar buat dirinya sebagai penerbit hingga mengalami kerugian besar. Pelakon dan kru dibayar untuk 28 episod tetapi bayaran diterimanya daripada stesen TV hanya untuk 26 epsiod. Ziela juga enggan mengulas lanjut kekurangan episod itu kerana bimbang boleh menjejaskan hubungannya dengan pengarah sebaliknya menerima apa yang berlaku dengan reda.