
Polis mengesahkan mayat bayi perempuan yang ditemui di Kampung
Manggol di sini dikerat pada lapan bahagian oleh ibunya sebelum dibuang
dalam tangki tandas. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abdul Rahim Abdullah berkata bayi
perempuan itu dikerat menggunakan senjata tajam di bahagian kepala,
dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri
serta tangan kanan dan kiri. Beliau berkata setakat ini polis telah menemui enam bahagian mayat
bayi itu terapung dalam tangki tandas melibatkan kepala, dada hadapan,
bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kiri dan tangan kiri. "Tangan dan kaki kanan mayat bayi itu masih belum ditemui. Suspek
melakukan perbuatan itu seorang diri," katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini, Rabu.
1 Komentar:
Write Komentartakda hati perut betul mak budak tu
Reply