Rabu, Julai 29, 2015

Baru Berkahwin, Shahid Kapoor Sanggup Tolak Kerja Demi Isteri Tercinta



Shahid Kapoor yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 7 Julai lalu, khabarnya akan berehat seketika daripada komitmen kerja demi memberi fokus kepada rumah tangga.Shahid, 34, memilih untuk meluangkan lebih masa bersama isteri, Mira Rajput memandangkan selepas berkahwin, mereka jarang dapat menjalani kehidupan suami isteri seperti orang lain.Memetik laporan India Express, Shahid juga telah menarik diri daripada menjadi juri sebuah program realiti tarian, Jhalak Dilkha Jaa pada saat-saat akhir kerana mahu berada di sisi isteri.Walau bagaimanapun, bintang filem Ishq Vishk itu sempat muncul sebagai juri dalam sebuah episod rancangan tersebut memandangkan rakaman sudah dilakukan beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.