Rabu, Julai 22, 2015

Ayda Jebat Bakal Anjur Rumah Terbuka Buat Pertama Kali



Aidilfitri yang akan disambut adalah masa untuk keluarga dan sahabat handai. Lupakan seketika perihal kerja kerana bulan Syawal adalah hari untuk bergembira dan merapatkan silaturrahim.Jelas Ayda, populariti yang dikecapi tidak mengubah gaya sambutan raya. Tetap sama seperti tahun sebelum, cuma rezeki lebih yang diraih dikongsi dengan mengadakan rumah terbuka.“Insya-Allah, buat pertama kali saya akan mengadakan rumah terbuka di Ayer Keroh, Melaka.“Peruntukan duit raya juga bertambah kerana tidak mahu insiden tidak cukup duit raya tahun lalu berulang,” katanya. - HM