Sabtu, Julai 18, 2015

Awal Ashaari & Scha AlYahya Mahu Lara Alana Raya Sakan




Sejak Lara Alana, 1, dilahirkan, kehidupan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya lebih bermakna. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah mereka. Pendek kata, Lara permata hati dan nyawa mereka.Jika Aidilfitri tahun lalu Scha masih dalam tempoh berpantang, kehadiran Aidilfitri tahun ini amat dinanti Awal dan dia begitu teruja meraikan lebaran bersama cahaya mata sulungnya itu.“Untuk saya dan isteri, persiapan kami sederhana sahaja. Cukuplah sepasang dua baju raya. Tahun pertama berkahwin, tumpuan kami lebih kepada melengkapkan rumah. Sekarang alhamdulillah, semuanya sudah lengkap untuk kami sekeluarga.“Boleh saya katakan, persiapan raya tahun ini hampir sepenuhnya untuk Lara. Raya tahun lalu, Lara masih dalam pantang dan kami sekeluarga tidak beraya. Jadi tahun ini, saya dan isteri mahu Lara raya ‘sakan’. Sebab itu kami berdua teruja buat persiapan raya untuknya,” katanya. - HM