Isnin, Julai 13, 2015

Anzalna Tak Kisah Berlakon Dengan Suami Orang



Buat Anzalna, beliau sama sekali tidak merasa bimbang untuk berlakon dengan suami orang lain atas etika kerja jika ada sikap saling percaya antara suami isteri.
Saya tiada masalah jika benda itu melibatkan etika dan profesional ketika bekerja. Komitmen itu perlu saya lunaskan jika mahu sesebuah karya itu berhasil. Tidak perlu ada batasan sehingga menyusahkan orang lain. Kalau isteri seseorang pelakon itu faham kehendak watak itu bagaimana, sudah tentu dia tidak akan melarang suaminya berlakon. Saya seronok bekerja bersama dengan pelakon Hisyam Hamid dalam drama terbaharu lakonan saya berjudul Memori Cinta Suraya. Tiada masalah dan semuanya berjalan lancar. Apabila isterinya sudah memahami, saya jadi tidak risau.
Berbicara mengenai hasrat beliau yang ingin berkahwin dengan kekasihnya Hanif Zaki, Anzalna memberitahu beliau mahu menghabiskan dahulu penggambaran drama Memori Cinta Suraya sebanyak 148 episod sebelum membuat memikirkan rencana perkahwinan beliau.