Sabtu, Julai 25, 2015

Anak Melayu Rosak Sebab Mak Bapa!! Jangan Bagi Motosikal Ke Sekolah!



Perkongsian tulisan dari Dr Shukri Abdullah, seorang Motivator:

BAHAGIAN 1:

SEKALI LAGI ....
SAYANG ANAK JANGAN BAGI motosikal KE SEKOLAH !

Entahlah ... mak bapak sekarang.
Rumah tak jauh dengan sekolah.
Anak mudah saja diberi motor.
Kerana anak orang lain dapat motor.
Dalam 10 anak, hanya sorang yang dapat motor betul2 memanfaatkannya untuk pelajaran.
9 dari 10 ...
-- dengan motorlah mudah merayau
-- dengan motorlah belajar buang masa
-- motor bukan untuk bantu mereka belajar
-- motor bantu mereka berseronok
-- motor menambah risiko keselamatan kerana cara mereka menunggang

Kalau diberinya motor:
Diletakkan syarat
--- syarat agar prestasi akademik semakin meningkat
--- syarat agar hanya guna untuk ke sekolah dan aktiviti sekolah
--- syarat menunggang dengan cermat
--- dan lain-lain syarat .... pada masa boleh diterima.

SEKALI LAGI
SAYANG ANAK ... USAH BAGI MOTOR KE SEKOLAH
Biar mereka kayuh basikal.
Mereka masih muda.
Mereka masih kuat.
Jangan bagi kesenangan tanpa tanggungjawab.
Banyak dah Ckgu yang buat pengawasan peperiksaan tengok meja kosong
... hanya diberitahu bahawa "dia meninggal, accident motor Cikgu"

BAHAGIAN 2:

Susulan Posting Ibubapa "Terlebih Sayang" Anak Bagi motosikal.

Seorang rakan FB Adan Ali beri komen beriku kpd posting saya 3 jam yang lalu.

"Sbg cikgu, secara pecahan mengikut kaum, murid melayu yg paling ramai menunggang motosikal ke sekolah. Murid cina dihtr oleh ibu bapa dan murid india dtg menggunakan bas/van sekolah atau pengangkutan awam..."

Kita ulang pemerhatian di atas.
Murid Cina .... ramai dihantar oleh ibubapa ke sekolah>
Murid India ... ramai datang menaiki bas / van.
Murid Melayu .... PALING RAMAI manaiki motosikal.

Saya nak sambung.
Tolong marah kat saya ya !
Kenapa ?
Kerana saya nak guna bahasa yang terus-langsung kepada ibubapa Melayu yang tidak bertanggungjawab. Cukuplah sudah lama menggunakan bahasa lembut !

Mak bapak Melayu ramai yang bagi motosikal sebab
.... mereka MALAS nak hantar anak ke sekolah.
... mereka NAK SENANG tak payah hantar anak sekolah.
... mereka juga NAK SENANG tak payah check kerja sekolah anak.
... mereka juga MALAS nak ambil tahu hal ehwal sekolah anak
... mereka TAKUT pada anak, justeru tak berani bertegas degan anak.
... mereka SIBUK dengan pelbagai drama TV ... justeru tak ada masa dgn anak
... mereka SIBUK nak bagitahu dunia mereka boleh beli motosikal
pada anak, boleh bagi telefon pintar tercanggih pada anak

cukup .... dah pedih dah telinga setengah mak bapak.
Dr. Shukri dah melampau kata kat kami !
Memang saya sengaja nak kata.
Adakalanya manusia cakap berlapek tak ada kesan.
Biar kita cakap terus ke batang hidung.

Kalau ada friend nak tumpang bagi mesej pedih kpd ibubapa, digalakkan SHARE.
Semuga memberi kebaikan kepada bangsa ku yang seaqidah dengan aku.

BAHAGIAN 3:

Orang Putih, Cina dan Melayu ...
Bandingkan Tiga Budaya Berikut
Foto 1: banyaknya basikal di kampus Univ Oxford (universiti ternama dunia)
Foto 2: siswa/i UTAR (Univ T.A.Rahman) Kampar digalakkan berbasikal
Foto 3: tempat parking motosikal di sebuah sek menengah di FELDA





Tengok foto berkenaan dan buat rumusan sendiri betapa silapnya kita orang Melayu terutama mak-ayah Melayu di kawasan desa berebut-rebut membekalkan motosikal kepada anak. Bekalkan motosikal tidak salah. Yang ketara salah ialah memberi motosikal kepada anak dan memBIARKAN ANAK BEBAS:
a. Bawa motosikal ke mana saja.
b. Bawa motosikal bila masa saja (sehingga malam).
c. Tunggang motosikal dgn siapa saja (lelaki-perempuan)

Ini antara lain MENGGALAKKAN:
a. Anak keluar masuk rumah bebas
b. Menyertai geng merempit (yg sesetengahnya sudah tamat sekolah)
c. Bawa girlfriend/boyfriend ke mana saja, berdakapan atas motosikal

Fikir dengan rasional, agak-agaknya:
Kita menggalakkan budaya anak jadi cemerlang, atau
Kita membuka laluan mudah anak jadi kecundang.

Inikah anak Wawasan 2020 yang diidamkan oleh mantan PM Tun Mahathir. Saya yakin tidak. Malah saya yakin Tun M tak nak melayu begini. Malangnya hari ini tiada siapa membuat kempen mendidik i/bpa Melayu khususnya di kawasan desa:
-- Agar tidak terlalu memanjakan anak dengan motosikal
-- Agar tidak terlalu manjakan anak dengan smartphone
-- Agar tidak terlalu manjakan anak, beri semua apa yang diminta.

Malang juga tidak siapa membuat kempen, mendidik i/bapa Melayu khusus di kawasan desa agar:
-- Mendidik anak agar lebih berdisiplin
-- Mendidik anak agar rajin belajar
-- Mendidik anak agar bersolat (on-time dan berjemaah)

Yang banyak program-program TV pakat didik ibubapa Melayu desa agar gemarkan hiburan. Hiburan lawan ilmu sepatutnya ilmu menang. Tetapi di kalangan Melayu, hiburan menang jauh ke hadapan,

Kesihan bangsaku.
Siapa yang nak membela mereka hah ?
Yang melaung nak tolong Melayu senyap saja dengan isu-isu begini ?

Kredit sepenuhnya dari blog Buasir Otak