Sabtu, Julai 25, 2015

Amelina & Mas Idayu Bermasam Muka Kerana Khabar Angin



Sewaktu zaman kegemilangan mereka pada penghujung 90-an, Mas Idayu dan Amelina pernah mempunyai hubungan yang keruh. Mengakui perkara tersebut, mereka hanya ketawa apabila mengenangkan permusuhan yang tercetus sewaktu muda.“Kami sama-sama artis Warner Music tetapi tidaklah begitu rapat antara satu sama lain ketika muda kerana Amelina mempunyai rakannya sendiri, manakala saya selalu bersendiri. Mulanya kami baik sahaja tetapi hanya kerana percaya kepada khabar angin, kami bermasam muka antara satu sama lain untuk tempoh yang agak lama tanpa mengetahui cerita sebenar.“Hubungan kami kembali pulih dua tahun sebelum Amelina berhenti menyanyi. Waktu itu pihak Warner Music mempertemukan kami di dalam bilik mesyuarat untuk menjernihkan keadaan. “Jelas dalam ingatan saya, masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Selepas meluahkan segala yang dipendam, akhirnya kami sedar perkara sebenar. Hanya kerana khabar angin, kami bermasam muka tanpa sebab. Sejak itu, kami menjadi rakan baik sehingga hari ini,” cerita Mas Idayu mengenang kisah silamnya bersama Amelina. - HM