Rabu, Julai 08, 2015

Aksi Intim Keterlaluan, Shukri Yahya Mohon Maaf



Masih ada yang memperkatakan tentang isu babak bersentuhan  dilihat agak keterlaluan antara Shukri dan Fathia. Akur dengan kontroversi yang melanda, Shukri berkata, adegan yang dilakukan itu hanya untuk menunjukkan keserasian sebagai sepasang suami isteri dalam drama itu sahaja. “Sebenarnya saya mahu hidupkan watak suami isteri itu dan mewujudkan chemistry sahaja, tetapi jika adegan itu dianggap melebihi batas dan salah, saya minta maaf. “Nak diikutkan drama di Malaysia banyak yang berpegang tangan, dan ada juga poster hero dan heroin siap berdukung, tetapi kenapa isu DILB ini pula menjadi persoalan,” katanya ketika ditemui pada majlis ‘Syukur Selalu Syawal’ anjuran Media Prima, baru-baru ini. Katanya, sebagai pelakon dia juga terikat dengan kehendak pengarah dengan harapan mahu melakukan yang terbaik untuk lakonannya.   "Saya tidak boleh kata adegan itu tidak sesuai. Dalam apa juga perkara, saya akan bertanya pada pengarah terlebih dahulu dan ikut segala arahannya,” tegasnya.