Khamis, Julai 16, 2015

Aidilfitri Fizz Fairuz & Almy Nadia Lebih Bermakna



Aidilfitri ini amat bermakna buat pasangan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia kerana meraikannya dengan kehadiran ahli keluarga baru mereka, Nur Afriana Ariana yang kini berusia lima bulan.Jika sebelum berkeluarga, Fizz hanya memikirkan keperluan dirinya, tetapi sekarang keadaan sudah berubah kerana selain isteri yang mesti diberikan tumpuan sudah semestinya si kecil paling diutamakan.“Baju kurung untuk Ariana saja lapan pasang tak termasuk baju biasa. Aidilfitri ini juga kali pertama kami menyambutnya dengan Ariana dan sudah semestinya ia lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya.“Untuk saya dan Almy cukuplah sehelai dua baju saja. Kadang-kadang ada pereka fesyen hadiahkan baju Melayu dan jubah selepas memperagakan pakaian mereka,” katanya. - HM