
“Sekarang ini saya dah moved on sebab perkara ini (putus
tunang) pun dah lama sejak April lalu. Selama ini saya tidak bercerita
sebab mahu jaga nama baik keluarga tetapi disebabkan dia (bekas tunang)
sudah beri kenyataan, jadi saya hanya mengiyakan sahaja. “Saya boleh katakan masih sayang dia dan hati itu masih ada. Malah
keluarga terutama ibu saya juga sayang pada dia tetapi saya anggap kami
tidak ada jodoh. “Namun buat masa ini, fokus saya sekarang pada famili dan karier
saya,” katanya kepada murai.com.my yang ditemui di majlis Pra Tonton
Program Raya Astro yang berlangsung di Hotel Majestic, semalam.