Rabu, Julai 08, 2015

Adegan Mesra Dipotong Terus; Tiada Lagi Babak Cium Pipi, Dahi & Peluk! LPF Perkenal Garis Panduan Baharu



Satu pekeliling dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada semalam yang memberi garis panduan rasmi terhadap penerbit dan stesyen televisyen. Bukan setakat adegan dalam drama dan filem romantis, panduan itu juga turut diberikan terhadap drama dan filem berunsurkan seram. Bagaimanapun garis panduan ini hanya termaktub kepada jalan cerita yang melibatkan masyarakat Islam sahaja. Antara kandungan garis panduan itu adalah pemotongan terhadap adegan ghairah berlawanan jantina  dan hanya pelakon bukan Islam sahaja dibenarkan melakonkan babak cium pipi, dahi, tangan dan berpelukan. Begitu juga dengan babak-babak drama dan filem yang menampilkan elemen khurafat dan tahyul juga akan dipotong. LPF juga turut menggariskan beberapa panduan terhadap elemen-elemen lain yang sering dipaparkan di dalam drama dan filem.