Selasa, Julai 21, 2015

Aaron Aziz Hentam Erwin Dawson Di Instagram Ekoran Kenyataan Di Media?



Kalau ditanya apakah berita hiburan paling hot malam ini yang belum di-update oleh blog hiburan terkenal lain tentu sahaja status paling hangat Aaron Aziz tahun ini menerusi akaun laman sosial Instagramnya yang terus menerus secara langsung tanpa selindung mengkritik pelakon baharu dari Singapura ke Malaysia, iaitu Erwin Dawson tentang kenyataan pelakon baharu itu kepada media baru-baru ini tentang penghijrahannya ke Malaysia adalah untuk lebih mendalami agama Islam. Kenapa status Aaron Aziz itu seperti terus menghentam Erwin Dawson? Kenapa Aaron tak berjumpa secara langsung depan mata dengan Erwin Dawson? Apakah kenyataan yang diberikan oleh Erwin Dawson kepada media sehinggakan Aaron Aziz boleh melenting sebegini rupa? Nah ikuti kronologinya lewat komentar panjang aktor berbadan sasa yang baharu sahaja berkeudara di kaca televisyen menerusi telefilem Cinta Paling Agung.




Ekoran komen panjang lebar Aaron Aziz itu, setakat artikel ini ditulis sudah ada lebih 380 komen yang berlegar dengan bermacam-macam pandangan. Antaranya yang mohon posting ini dibuang kerana boleh mencetuskan kontroversi dan meminta Aaron untuk menasihati palakon Erwin Dawson secara bersemuka.

Malangnya, posting ini juga sedikit sebanyak mewujudkan perdebatan antara masyarakat Melayu di Singapura dan Malaysia, apabila ada yang terlalu emosional ketika melontarkan komen... Apa pendapat anda?