Sabtu, Julai 04, 2015

150 Umat Islam Dibunuh Ketika Buka Puasa Dalam Masjid



Boko Haram Bunuh 150 Penduduk Islam Lepas Iftar, Solat Di MasjidIbadah puasa bagi penduduk beberapa perkampungan di timur laut Nigeria tercemar berikutan tindakan kejam militan Boko Haram melepaskan tembakan ketika umat Islam menunaikan solat selepas berbuka puasa di masjid.Susulan kejadian Khamis itu, hampir 150 nyawa terkorban membabitkan golongan lelaki yang berada di masjid juga kanak-kanak serta kaum wanita di rumah mereka.Beberapa saksi juga memberitahu, berpuluh-puluh anggota militan kumpulan itu menyerang dan membakar rumah penduduk di tiga perkampungan terpencil di negeri bergolak Borno.Kumpulan bersenjata itu juga menembak mati sekurang-kurangnya 97 orang di Kampung Kukawa, lokasi paling teruk diserang dan lima kanak-kanak turut terkorban.