Khamis, Julai 16, 2015

10 Perkara Yang Anda Langsung Tak Tahu Tentang Malaysia; Terbongkar Di History Channel!


10 perkara yang anda tidak tahu tentang Malaysia! In fact kalau Muz tak tengok History Channel malam semalam pukul 11, Muz sendiri pun tak tahu kot... Hehe. Bukan Muz saja, Tun Mahathir yang jadi salah seorang daripada yang ditanya soalan oleh pengacara program berkenaan pun ada yang tak pasti tentang soalan-soalan yang dikemukakan! Muz rasa ramai yang akan terkejut membaca fakta di bawah ini. 10 perkara yang ramai tidak tahu tentang Malaysia, bahkan 10 perkara ini boleh sahaja baru terbongkar kepada anda yang membaca sekarang ini! Check it out!


  1. Tahukah anda seni bina bangunan landasan kereta api di Kuala Lumpur yang indah seni binanya itu mempunyai struktur tahan salji sehingga ketebalan dua kaki? Menariknya, Malaysia merupakan sebuah negara beriklim khatulistiwa yang mustahil untuk salji turun. Namun, disebabkan bangunan itu dibina ketika pemerintahan Kolonial British, maka secara tidak langsung konsep seni Britain telah diterapkan pada bangunan ini!
  2. Tahukah anda Kuala Lumpur merupakan ibu kota yang paling banyak disambar kilat di seluruh dunia? Terkejut pula dengar! Ya, kajian oleh seorang pengkaji yang ditemu ramah dalam program berkenaan mengesahkan Kuala Lumpur sebagai ibu negara yang paling banyak menerima sambaran kilat di dunia! Apapun, KL masih selamat dihuni, jika faktor keselamatan diambil kira.
  3. Di manakah terletaknya jambatan gantung tertinggi di dunia? Jawabnya di Malaysia! Terletak di lereng Gunung Kinabalu. Bagaimanapun, Muz tak sure apa status jambatan itu selepas Ranau dan Gunung Kinabalu dilanda gempa bumi baru-baru ini.
  4. Tahukah anda, serangga terpanjang di dunia boleh ditemui di Malaysia? Ya, serangga yang baru sahaja dikenal pasti spesiesnya dan dinamakan sebagai Chan Megastic ini boleh ditemui di hutan-hutan di Malaysia jika anda bernasib baik, kerana serangga ini meskipun wujud namun susah untuk dikenal pasti!
  5. Siapa suka lipas!? Kalau siapa followers Instagram Norman Hakim, mesti ada nampak aktor itu berseloroh lipas ni macam kurma terbang! Hehe... Geli?! Tetapi tahukan anda, di negara manakah wujudnya serangan lipas paling banyak di dunia? Ya, memang tepat, di Malaysia! Di dalam sebuah gua di negeri Sabah, iaitu Gua Gomantong.
  6. Durian merupakan Raja Buah. Majoriti masyarakat Malaysia dan Asia suka makan Durian. Tetapi tahukah anda tanpa kelawar, anda mungkin tak akan dapat makan durian yang sedap? Di Sabah, kelawar dikenal pasti sebagi agen pendebungaan pohon durian untuk mengeluarkan buah yang banyak!
  7. Ketika manusia sendiri tidak mempunyai tanah yang cukup untuk dikebumikan, khususnya di beberapa kawasan di negara ini, tahukah anda Malaysia merupakan negara yang mempunyai pusat pengebumian dan ingatan atau dikenali sebagai Nirwana di Semenyih khusus untuk binatang peliharaan, iaitu kucing dan anjing!
  8. Agak-agak anda, ada berapa banyak bahasa yang dituturkan di Malaysia? 10? 50? 70? Salah!!! Keseluruhannya terdapat 140 bahasa yang dituturkan oleh penduduk di negara Malaysia! Pengsan!!!
  9. Siapa tahu asal nama kereta Proton Saga. Ramai kita beranggapan saga diambil terus daripada biji saga yang berwarna merah. Tetapi tahukah anda idea ini diambil ketika salah seorang yang terlibat dalam pencarian nama kenderaan berkenaan sedang bermain scrabble. Menurut Tun Mahathir, meski saga itu dalam Bahasa Inggeris mendukung makna legasi, keunggulan dan setara, tetapi dalam konteks Bahasa Melayu, saga memang mencirikan biji saga berwarna merah yang sama sahaja setiap saiznya, malah kukuh dan kekal strukturnya sehinggakan boleh digunakan untuk menimbang emas!
  10. Akhir sekali, Malaysia juga mempunyai bulatan trafik yang terbesar di dunia! Di mana ya? Siapa tahu?? Di Putrajaya!


2 Komentar

Write Komentar
rahayu raha
AUTHOR
16/7/15 2:00 PTG delete

Ingatkan bulatan kampung pandan jauh ketengah hehe

Selamat hari raya!

Reply
avatar
17/7/15 1:03 PG delete

Wah,macam x percaya je..maksudya banyak lagi yg perlu dipelajri tntang Malaysia nie,kan?

Reply
avatar