Jumaat, Jun 19, 2015

Virus MERS Menular Ke Thailand



Kementerian Kesihatan Thailand hari ini telah mengesahkan kes pertama virus MERS di negara tersebut. Menteri Kesihatan Thailand, Rajata Rajatanvin berkata pada sidang mendia, virus berkenaan dikesan pada seorang ahli perniagaan dari Oman. "Dari dua ujian makmal yang telah dijalankan, kita mengesahkan penemuan virus MERS", kata Rajatnavin. Virus MERS telah meragut 23 nyawa di Korea Selatan setakat hari ini. Lebih dari 160 orang di Korea Selatan telah dikesan mempunyai virus berkenaan sebulan selepas virus tersebut tersebar dipercayai dari seorang lelaki berusia 68 tahun yang sebelum ini pernah ke negara di Timur Tengah, menurut Kementerian Kesihatan Seoul.