Isnin, Jun 29, 2015

[Video] Solat Tarawih & Witir 23 Rakaat Hanya Dalam Tempoh 7 Minit


Hiasan`

Di Jawa Timur ada sebuah persantren yang melaksanakan solat tarawih dan witir sebanyak 23 rakaat dilakukan hanya dalam waktu 7 minit. Dikhabarkan ibadat secepat kilat itu dikatakan telah dilakukan selama lebih kurang 1 abad secara turun-temurun. Menurut seorang kiai di sana, meskipun dilakukan secara cepat namun masih menepati rukun solat. Bagaimanapaun, hanya solat tarawih dan witir sahaja yang dilakukan dengan cara sebegini manakala solat-solat wajib yang lain dikerjakan seperti di tempat-tempat lain seperti biasa. Tapi bagi Muz dalam solat kena ada tokmakninah yang masuk dalam rukun juga, dan tarawih itu sendiri maksudnya rehat, kalau buat macam ni dah rasa macam buat kerana terpaksa pula. Wallahualam!