Selasa, Jun 30, 2015

[Video] Sentuh Punggung Edinson Cavani; Gonzalo Jara Digantung 3 Perlawanan



Pemain pertahanan Chile, Gonzalo Jara akan terlepas peluang untuk beraksi pada saingan Copa America selepas digantung tiga perlawanan pada Ahad kerana menyentuh punggung pemain Uruguay, Edinson Cavani. Malah, Jara juga dikatakan berpura-pura cedera semasa perlawanan berlangsung. Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dalam satu kenyataan berkata, mereka menggantung Jara kerana berkelakuan seperti 'tiada semangat kesukanan'. Dia turut didenda sebanyak 4,775 pound (RM28,338). Jara akan terlepas aksi separuh akhir ketika Chile menentang Peru pada Isnin. Dia juga tidak akan mewakili pada acara pembukaan kempen kelayakan untuk Piala Dunia 2018. Terdahulu, rakaman video menunjukkan Jara menyentuh punggung Cavani.