Ahad, Jun 14, 2015

Video Reaksi TMJ Selepas Teguran Datuk Seri Nazri Aziz & Komen Sokongan Rakyat Johor Buat TMJ



Majoriti rakyat Malaysia mesti dah tahu kenyataan yang juga pandangan peribadi Nazri Aziz yang juga Menteri Pelancongan tentang pendapatnya bahawa kerabat diraja tidak harus mencampuri hal ehwal politik dan kenyataannya lebih menjurus kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ). Apa yang menarik bebera jam selepas itu, suatu video berdurasi pendek memaparkan TMJ bersantai melunjur kaki dan hanya tersenyum sinis sambil menunjukkan isyarat tangan seolah-olah berbaur 'marilah' telah dimuat naik oleh akaun Facebook 'Johor Sourthen Tigers'. Meskipun tiada caption dan video itu langsung tidak bersuara, rata-rata yang memberikan komen pada ruangan itu ternyata memberikan maklum balas bahawa video itu merupakan reaksi TMJ untuk kenyataan Nazri Aziz yang dikeluarkan media. Lebih kencang bukan rakyat Johor saja tampil menyokong TMJ, bahkan rakyat negeri lain juga berduyun-duyun menyatakan sokongan kepada TMJ. Hurmmm, makin hari makin panas pula senario politik negara. Kita tunggu dan lihat sajalah mana kesudahannya. 

video